my follower

Tuesday, January 15, 2013

kadang aku rasa tertekan sgt...apa sebenarnya yang dia nak aku buat pun entah la...
aku bukan ahli nujum yang boleh baca pemikiran seseorang...aku bukan tukang tilik yang boleh tau isi hati atau kehendak seseorang..
aku cuma manusia yang kadang2 melakukan kesilapan..aku cuma manusia yang kadang boleh terlupakan sesuatu...aku cuma manusia yang x mampu untuk puaskan hati semua orang...
kadang2 aku terfikir...kalau la ku ahli nujum..kalau la aku tukang tilik dan kalaulah aku manusia luar biasa..mungkin semua benda nih tak akan berlaku pada aku... mungkin jugak sekarang nih aku x perlu menangis macam ni..
tapi siapa aku nak nafikan takdir Tuhan...
yang pasti aku cuma manusia biasa yang akn melakukan kesilapan..yang tak mampu untuk puaskn hati semua org..yang tak mampu untuk menjadi sempurna dimata dia...
yang aku mampu lakukan sekarang sebagai manusia biasa hanya la berharap suatu hari nanti dia boleh terima  dan redha kekurangan diri aku ni sebab tak mungkin untuk aku putuskan hubungan aku dengan dia sebab hubungan aku dengan dia adalah hubungan "air yang dicincang tak mungkin akan putus"...

kuatkan la hati aku...

Wednesday, January 2, 2013

airmata

bila mata terlalu lama berhenti dari mengalirkan air mata...
bila tiba saatnya...
silap yg sebesar kuman pun mampu untuk mngalirkan air mata tanpa perlu dipaksa...
samaada hati yang gagal mengawalnya atau pn mata yg terlalu rindu untuk mengalirkannya....
semuanya terletak pada diri kita..

tapi walau apa pn sebabnya..kita perlu tahu dan ingat bahawa airmata adalah senjata bagi kaum hawa..dan pembunuh bagi kaum adam...
jangan sampai senjata ini disalahgunakan..
kerana pernah ada yang berkata "jangan sampai senjata makan tuan"...

:)